Home

ANDA SEDANG MELAYARI LAMAN "BUSINESS DEVELOPMENT ADVISOR"

KERJASAMA 

KOLEKSIINTELEK.COM 

dengan

KOLEJ TEKNOLOGI TIMUR (KTT)


KOLEJ TEKNOLOGI TIMUR (KTT) adalah Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang mula beroperasi pada 6 Januari 1997. KTT dimiliki sepenuhnya oleh Syarikat Bumiputra yang berdaftar di bawah nama Hiraki Timur Sdn Bhd. Pemegang saham majoriti syarikat ini adalah Kumpulan PM Melati Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Yang Hormat Dato 'Mohd Sarit bin Hj Yusoh, bekas Ahli Parlimen negeri Temerloh, Pengerusi Kurnia Setia Sdn Bhd, anak syarikat Negeri Pahang dan juga bekas Pengerusi Eksekutif KFC Holdings (M) Bhd. Pemegang saham lain Y.Bhg. Dato 'Mohd Zahudi bin Hj Abdul Jalil, bekas Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA, Encik Mohd Som bin Haji Sulong dan Datin Hjh Norayini bt Ali, seorang ahli akademik. Pada Januari 1997, KTT memulakan operasinya dengan pengambilan sulung GCE 'A' Program Program dan Program Yayasan Universiti (UFP) dengan hanya 12 pelajar. Graduan dari program ini dapat meneruskan ke ijazah pertama mereka di United Kingdom. Program-program ini telah bekerjasama dengan David Game College, London.

   

JALAN LAIN KE UNIVERSITI AWAM

 

Salam Sejahtera,

 

Melihat laman ini, dengan peluang belajar di Kolej Teknologi Timur, maka ramailah akan bertanya “Ini Swasta ke Kerajaan?”.

 

Soalan lumrah ini membuktikan ramai pelajar, malah ibu bapa lebih yakin dengan IPTA atau Universiti Kerajaan berbanding dengan Swasta.

 

KESILAPAN MENTAFSIR

 

Memanglah ramai akan memilih Universiti Awam. Lebih baik, lebih murah, lebih luas peluang. TETAPI ramai pelajar lepasan SPM lupa bahawa JUMLAH TEMPAT ADALAH TERHAD. 45 ribu ke 50 ribu sahaja yang akan diterima belajar di UA. Terhad. Lepasan SPM ada hampir 500 ribu orang. Oleh itu, yang lain pun nak belajar jugak. Kalau nak masuk UA, kenalah keputusan 5 kredit terbaik. Apabila ranking menggunakan MERITOKRASI digunakan, maka yang kebawah dari 50 ribu itu akan GAGAL KE UA.

 

Mereka gagal bukan kerana mereka tidak layak, tetapi keputusan mereka lebih rendah dari mereka yang layak dan diterima oleh UA.. Oleh itu kerajaan mewujudkan Kolej-Kolej Bersekutu atau Kerjasama yang menjalankan Kursus-Kursus Universiti Awam dengan kawalan dan anugerah Diploma oleh Universiti Awam di Kolej-kolej Swasta yang di pilih atau terpilih. Inilah yang selalunya silap tafsir pelajar dan ibubapa berlaku. Asalakan swasta, ia tiada kursus dari Universiti Kerajaan.

 

LANTIKAN UNIVERSITI AWAM

 

Kolej Swasta yang dilantik oleh Universiti Awam dalam konteks kerjasama ini adalah Kolej yang menjalankan pengajian bagi kursus dari UA tersebut dengan menggunakan Silibus, Peperiksaan, Gred dan standard serta pengurniaan Diploma oleh Universiti Awam tersebut.

 

Begini contohnya:

 

Ini contoh Kerjasama dengan UITM

 

Maksud dan Maklumat Kerjasama dengan UITM

Sayugia dinyatakan bahawa Kolej-kolej Bersekutu UiTM adalah

koKolej-kolej Bersekutu (KKB) merupakan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) 

yang diiktiraf oleh UiTM serta mendapat kelulusan daripada Kementerian 

Pengajian Tinggi untuk menjalankan program Pra Diploma dan 

Diploma secara usahasama dengan UiTM.

1. Pelajar yang tamat pengajian akan dianugerahkan Diploma dalam Istiadat  Konvokesyen di UiTM.

2. Sijil Tamat Kursus (Diploma) akan dikeluarkan oleh UiTM induk.

3. Lalauan terus ke Ijazah sarjana muda ke UiTM induk selepas tamat

4. diploma di kolej-kolej bersekutu. 

5. Silibus pengajaran dan sistem peperiksaan yang dijalankan di KKB sama

6. seperti di UiTM 

7. Bagi menjaga kualiti KKB, pihak UiTM mengadakan pemantauan secara

8. berterusan dan Audit Kualiti secara tahunan.

9. Pelajar boleh memohon pembiayaan pinjaman PTPTN dan MARA    


Maksud dan Maklumat Kerjasama dengan UTM

Sayugia dinyatakan bahawa maksud kerjasama dengan UTM adalah

KTT mempunyai perjanjian dan kerjasama untuk menawar dan mengendalikan kursus-kursus UTM.

Pelajar yang tamat pengajian akan dianugerahkan Diploma dalam Istiadat  Konvokesyen di UTM.

Sijil Tamat Kursus (Diploma) akan dikeluarkan oleh UTM.

Lalauan terus ke Ijazah sarjana muda ke UTM induk selepas tamat diploma di KTT

Silibus pengajaran dan sistem peperiksaan yang dijalankan di KTT sama seperti di UTM

Bagi menjaga kualiti KTT, pihak UTM mengadakan pemantauan secara berterusan dan Audit Kualiti secara tahunan.

Pelajar boleh memohon pembiayaan pinjaman PTPTN dan MARA     

INILAH JALAN LAIN KE UNIVERSITI AWAM    

Oleh kerana anda tidak tersenarai dalam pilihan UPU untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam, maka jalan lain adalah dengan masuk belajar di Kolej-kolej yang menjalankan kerjasama dengan Universiti Awam ini.

Jangan silap…!!!. Inilah peluang yang di berikan oleh kerajaan, kerana tidak lagi dapat menyediakan terlalu banyak tempat dalam satu pengambilan.

KTT adalah kolej yang menjalankan program Universiti Awam UITM, UTM, UPM. Malah di Kolej Teknologi Timur sekarang ini sedang belajar lebih 60 orang pelajar A Level kohort terakhir yang di taja oleh JPA untuk program kedoktoran yang tajaannya mencecah 500,000 ringgit.(selepas ini syarat JPA sudah berbeza)

Apakah anda tidak yakin, tetapi JPA pula yakin??.

Oleh itu, jangan sempitkan peluang anda untuk memasuki UA. Jalan ini juga boleh sampai kerana:-

1. DIPLOMA anda akan dianugerah oleh Universiti Awam berkenaan.

2. Silibus sama dengan Universiti Awam

3. Peperiksaan dengan soalan yang sama dengan rakan anda yang belajar di UA

4. Konvokesyen di Universiti Awam berkenaan

5. Diploma anda LAKU untuk menyambung ke Ijazah di mana=mana UA.

6. Melanjutkan ke Peringkat Ijazah, terus masuk ke Tahun 2 (uitm)

7. Boleh menggunakan Diploma untuk memohon Ijazah  melalui UPU

8. Akhirnya anda menjadi SISWA UA JUGA MELALUI JALAN INI

 

Tanya pada diri sendiri . mahu atau tidak?. ITU SAHAJA.

Jom MOHON 

KOLEJ TEKNOLOGI TIMUR